Suasana pagi itu terasa sungguh membingitkan..Deruman enjin kenderaan berat dan segala mesin di tempat kerja menjadikan keadaan di situ menjadi gegak gempita seakan-akan adanya satu pesta muda-mudi sedang berlangsung..
Hari ini merupakan hari pertama aku bekerja setelah hampir sebulan aku bercuti kerana masalah kasihatan..Segar rasanya berada di tempat kerja walaupun sudah lama tidak bergelumang dengan suasana hiruk pikuk di tempat kerja..Dalam suasana yang serba berkecamuk itu, tiba-tiba terlintas di fikiran ku untuk menyemak kembali fail-fail kerja yang telah lama aku tinggalkan..
Walaupun belum sebulan aku tidak ke tempat kerja tetapi keadaan meja dan rak-rak failku kelihatan begitu berhabuk seperti sudah lama benar aku meninggalkannya..Maklum lah bekerja dalam industri kejuruteraan berat sememangnya sentiasa bermandikan habuk sepanjang masa..
Aku mebelek satu persatu fail kerjaku bagi memastikan tiada yang hilang..’Semuanya dalam keadaan baik’ bisik hati kecil ku..Aku mebuka pula computer peribadi ku yang telah penuh bersalut dengan habuk dan debu..Semuanya masih dalam keadaan seperti masa aku tinggalkannya dulu..
Aku perhatikan di sekeliling ruangan meja ku..Terdapat banyak kertas pelekat berwarna kuning di lekatkan di sekitar dinding meja kerja ku..Rupanya banyak lagi tugasan yang belum aku selesaikan..Dalam hati aku sempat merungut kerana aku masih lagi belum bersedia untuk melakukan tugasan-tugasan tersebut..
Setelah hampir setengah jam aku terpinga-pinga di meja ku barulah aku mendapat semangat untuk melakukan kerja-kerja ku yang tertangguh selama hampir sebulan..Aku perhatikan sekali lagi deretan kertas-kertas kuning yang melekat di sekeliling ku..

Baru nak stat wat keje…
Tiba-tiba aku terpandang pelekat yang berada di sebelah hujung sekali..Aku tersentak melihat tulisan yang tercatat pada kertas itu yang berbunyi ‘buat surat resign’..Aku terpaku seketika memandang cebisan kertas tersebut lantas merentapnya dan aku baca lagi coretan itu berulang kali..
’Dah rabun ke aku ni?’ Lantas aku menanggalkan cermin tataku dan menggosok-gosok mata ku takut-takut aku tersalah baca..Ternyata coretan dalam kertas itu benar..Walaupun aku rabun tapi aku masih boleh membaca walaupun tidak bercermin mata..
Aku termenung seketika sambil mengingatkan bila aku menulis catitan itu..Aku memicit-micit dahi ku walaupun tidak berasa sakit sama sekali..Hampir dua minit aku berpelakuan begitu barulah aku teringat memang benar aku sendiri yang menulis keratan itu..
Sememangnya sedari sebelum aku terlantar di hospital memang aku berhajat untuk meletak jawatan tetapi hajat ku dihalang oleh pihak atasan dengan alasan susah untuk mendapatkan pengganti..Aku termenung dan mengelamun lagi bagi mempertimbangkan hal itu..

Ni mase terlantar kat sepital aritu…
Tiba-tiba lamunan ku dikejutkan dengan bekalan elektrik terputus..’siapa pulak punya kerja ni..’ kataku..Aku melihat keluar sudah ramai rakan-rakan sekerja belonggok di luar perkarangan pejabat kerana kepanasan..Tanpa membuang masa aku pun melangkah kearah mereka..salah seorang rakan ku memerhatikan ku seakan-akan ternampak hantu..
‘Eh lama tak nampak..ingatkan kau dah berenti’ sapa Dolah kepada ku..Kata-kata Dolah tu mengingatkan aku kembali pada cebisan kertas kuning tadi..Aku lantas mengeluarkan sebatang rokok dan mencucuhnya sambil berlalu pergi..
Aku duduk berseorangan di hujung perkarangan pejabat sambil memerhatikan gelagat kawan-kawan yang sedang asyik merungut kerana bekalan elektrik kerap terputus sejak kebelakangan ini..Aku tersenyum melihat telatah Wak Don yang seolah-olah menjadi tok dalang di sebalik certia tersebut..
Dalam aku memerhatikan gelagat mereka, terlintas difikiranku untuk meneruskan niatku membuat surat perletakkan jawatanku..Tekadku sudah bulat..’aahh, ape nak jadi pon jadi lah..’ bisik hatiku..Aku tidak boleh melepaskan peluang dari sebuah syarikat swasta yang ditawarkan kepada ku kira-kira sebulan yang lalu..
Jawatan Kuantiti Surveyor yang ditawarkan oleh syarikat tersebut sememangnya aku nantikan sebelum aku bekerja di syarikat yang aku bekerja sekarang..Jelas aku memang tidak boleh menunggu lagi..Aku mesti tulis surat perletakkan jawatan ku hari ini juga!
Tanpa aku sedari rakan-rakanku semuanya sudah kembali ketempat masing-masing..Rupa-rupanya bekalan elekrtik sudah disambungkan kembali..Aku terus melangkah menuju ke pejabatku dan menghidupkan kambali computer peribadiku..Aku terus membuka folder untuk surat rasmi yang terdapat pada paparan skrin utama..
Jari-jemariku terus pantas menari di atas papan kekunci merangka isi-isi penting yang harus dimasukkan kedalam surat perletakkan jawatanku..Satu-persatu ayat aku susunkan secara rapi bagi mengukuhkan alasanku untuk meletakkan jawatan secara mengejut..
Dalam kesibukan aku merangka isi-isi surat untuk di jamu kepada pihak atasan, tiba-tiba aku terpandang di sudut sebalah kanan mejaku..Terdapat sebuah frame gambar disitu.. Di sebalik cermin fram itu terpapar gambar ku bersama beberapa orang rakan sekerjaku..Gambar yang di ambil semasa parti harijadiku,tiga bulan yang lalu..
Masih segar dalam ingatan, hari itu hampir semua rakan kerjaku hadir untuk membuat persiapan parti harijadiku pada malam harinya..Memang sangat meriah..Gelagat rakan-rakan QC menambahkan lagi suasana ceria di rumah sewaku pada petang itu..Ada yang menyapu, ada yang mangangkat bekas makanan..Pendek kata hampir semua persiapan untuk parti disiapkan oleh mereka..

Anak jin,epul n faizul…
Aku tersenyum sendiri mengenangkan hari tersebut..Sambil bersandar di kerusi, fikiranku terus menerawang mengingatkan kembali kisah-kisah lucu rakan-rakan sekerjaku..’Sememangnya dia orang ni memang kelakar dan aneh..’
Dalam pada itu bermacam-macam lagi peristiwa terus berlegar-legar dalam kepalaku..Aku masih ingat satu malam aku menghabiskan masa bersama tiga orang rakan ku..Kami berbual-bual sambil berkongsi kisah hidup masing-masing pada malam itu..Hampir dinihari barulah kami pulang kerumah masing-masing..

Omar,aku,n anak jin…
‘Aduhh..kenape lah tiba-tiba aje aku terfikir benda-benda yang macam ni..’ Aku mengeluh sendirian..Skrin komputerku masih lagi memaparkan surat perletakan jawatan ku..Tanpa berfikir panjang, aku terus meneruskan kerjaku bagi menyiapkan surat tersebut..
Setalah hampir setengah jam aku menaip, siaplah surat tersebut..Aku menbaca kembali isi-isi surat itu bagi mamastikan susunan ayat dan ejaan dalam keadaan sempurna.. Setelah aku berpuas hati lantas aku terus halakan tetikus kearah ikon ‘print’ dan terus mencetak surat tersebut..Aku perhatikan mesin ‘printerku’ dan rupa-rupanya tiada kertas di dalamnya..
Aku mengeluh ringan sambil mencari-cari dimana aku letakkan kertas kosong sebelum ini..Semua laci aku selak namun masih tidak terlihat kelibat kertas yang aku hajatkan..’ahh buang masa lah nak cari kertas kosong!’ rungut hatiku..
Tanpa membuang masa aku terus menyambar ‘Company Letter Head’ yang tarselit di hujung tray..Aku sumbatkan terus kedalam ‘printer’ dan sejurus selepas itu terkeluarlah sekeping surat yang bertajuk ‘Preletakkan Jawatan Mohd Zaini bin Sudin’..
Dengan penuh keyakinan aku terus menandatangan surat tersebut dan terus menyimpannya didalam sampul surat yang terpapar alamat syarikatku yang bertempat di Masai Johor..Dalam pada itu sempat juga aku e-mel surat tersebut kepada pengurus dan Head Quarters di Ampang KL..
Notis brenti keje aku..haha..
Lega rasanya setelah selesai menyiapkan surat perletakan jawatan yang sememangnya ingin aku laksanakan dari dulu lagi..Sejurus kemudian aku menoleh kembali kearah dinding dimana terdapatnya pelekat-pelekat berwarna kuning yang masih belum tertanggal..Maksudnya, sebelum aku berhenti kerja, aku perlu menyiapkan semua tugasan yang telah tertunggak selama hampir sebulan..
Aku mencabut salah satu pelekat tersebut yang berbunyi, ‘setelkan quiver tag’..Tanpa membuang masa aku terus membuka folder untuk quiver..Aku buat satu persatu kerjaku sampaikan aku hampir tidak sedar jam di dinding menunjukkan pukuk 12.30 tengah hari..’cepatnye mase bejalan..ahh pedulikkan lah..’ bisik hatiku..Tanpa manghiraukan masa, aku terus menyiapkan tugasan-tugasanku..Satu persatu palakat berwarka kuning aku tanggalkan..
Aku terus tekun meyiapkan semua kerja dan tepat jam 5.50 petang, semua pelekat berwarna kuning habis aku tanggalkan..Aku menarik nafas lega..Semua kerja yang tertangguh selama hampir sebulan berjaya aku siapkan dalam masa sehari saja..Aku berasa bangga dengan diriku sendiri..Sambil tersenyum,aku terus ‘shut down’ computer peribadi ku..
Kelihatan di luar perkarangan pejabat ramai pekerja sedang beratur untuk ‘punch card’..Sudah sampai masanya untuk pulang..Aku berdiri di muka pintu sambil memerhatikan gelagat mereka berpusu-pusu menuju ke mesin ‘punch card’..
Tanpa melengahkan masa, aku terus mengemaskan semua barang-barang peribadiku dan menyimpannya didalam beg..Aku buka semua laci-laci dan mangambil semua harta milikku..setelah selesai,Aku terus mencapai ‘punch card’ ku tan terus meluru kearah mesin ‘panch card’..Suasana disitu sudah agak lengang dan kelihatan semua pekerja sedang sabar menunggu lori untuk menghantar mereka keluar..Maklumlah di kawasan bekerja, hanya lori yang dibenarkan keluar masuk untuk kemudahan pekerja..
Setelah ‘punch card’ aku terus menuju kearah mereka yang sedang menunggu..Aku sempat menoleh kearah pejabat ku..Tersimpan dalam hatiku seribu kenangan manis sewaktu aku berhkidmat dengan syarikat yang bernama ‘Ingress Fabficator Sdn. Bhd’..Aku tersenyum sendirian..Senyuman yang penuh dengan erti..Tanpa aku sedari, tangan ku terus melambai kearah pejabat yang sudah kosong itu..’Selamat tingggal Ingress..Selamat tinggal semua…………Adioss!!